..:join my blog:..

Sunday, April 10, 2011

Sistem Cakerawala

"Sains dan Al-QuranMerujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, dinyatakan

bahawa masing-masing bergerak




dalam orbit atau garis edar

tertentu. “Dan Dialah yang


telah menciptakan malam dan

siang, matahari dan


bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di


dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)




Sains dan Al-Quran
Disebutkan pula dalam ayat yang


lain bahawa


matahari tidaklah diam, tetapi

bergerak dalam garis


edar tertentu:


“Dan matahari berjalan di

tempat peredarannya.


Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi


Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)








Islam dan sains @ isuhangat



Fakta-fakta yang disampaikan

dalam Al Qur’an ini


telah ditemui melalui kajian

astronomis di zaman ini.


Menurut perkiraan para ahli

astronomi, matahari


bergerak dengan kecepatan luar

biasa yang


mencapai 720 ribu km per jam.


Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih


17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama


matahari, semua planet dan satelit dalam sistem


graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini.


Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu

gerakan serupa yang tersusun.
Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit

seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an


sebagai berikut:


“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)


Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-

masing terdiri dari hampir 200 bintang.


Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan

sebagian besar planet-planet ini mempunyai


bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis

peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.


Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang

orbitnya dalam keserasian dan teratur


yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah

komet juga bergerak bersama sepanjang orbit


yang ditetapkan baginya.


Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda

angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada


kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung

dan terencana. Selama pergerakan ini, tak


satupun dari benda sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain

tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya


saling bersentuhan.


Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop

masa kini ataupun teknologi canggih untuk


mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula

berpengetahuan fizik ataupun astronomi


moden.


Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara

ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan


dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan

tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka


kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu:

karena Al Qur’an adalah firman Allah.

Allahuakbar!

sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?


name=News&file=article&sid=581

Hikmah Penyembelihan haiwan."Islam dan sains"




Kita semua telah maklum ..sebagai orang islam..setiap haiwan(lembu,kerbau,ayam,itik & sejenis itu)diwajibkan untuk melalui proses penyembelihan terlebih dahulu sebelum diproses untuk dimasak...ini kerana sekiranya haiwan itu tidak disembelih mengikut syara' MAKA...haiwa itu haram untuk dimakan..ia sama seperti bangkai..

Islam menekankan garis panduan dalam penyembelihan haiwan bahkan konsep sembelihan ini juga harus dihuraikan sebaik mungkin agar Ibadah ini tidak dilihat sebagai suatu perbuatan yang kejam dan menyeksa haiwan seperti mana yang didakwa oleh orang bukan Islam. Oleh yang demikian juga melalui kajian sains yang dijalankan oleh saintis barat juga telah membuktikan bahawa kaedah penyembelihan mengikut pensyariatan Islam ini merupakan altenatif terbaik dalam proses mematikan dan mendapatkan daging secara bersih dan segar.

jOm kita lihat..apakah hikmah dan mengapa Islam syariatkan Penyembelihan haiwan tu sebelum dimakan

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar melalui kajian mereka yang bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP)

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan. Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.
 
Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging. Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih. Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.  Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.


“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Sumber Gambar : Enjin Carian Google
Sumber : Berita Harian Isnin 09/01/06

Misteri..sungai dalam laut.

satu penemua yang mengejutkan..dan membuka mata semua..apabila beberapa orang penyelam..yang menelusuri ke dasar laut..dan mendapati satu keadaan yang begitu ajaib..


apabila sebatang anak sungau berada didalam laut...mengalir mengikut alirannya sendiri..tanpa sedikitpun bercampur dan mengalir bersama dengan air laut berkenaan..




Allah telah pun berfirman dalam dalam al quran dan mafhumnya “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)




 Peristiwa dan  Fenomena ganjil itu membuat bingung Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berpikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawaban yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


sampailah suatu hari hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim.dan profesor itu menerangkan tentang ayat daripada surah Ar rahman maksudnya
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.




Akhirnya.terbukalah hati Mr.Costeou untuk memeluk islam...apabila meyakini dengan kekuasaan Allah melalui bukti2 yang telah tercatat di dalam Al-Quran


“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”


p/s Kisah ini sebenarnya telah berlaku pada tahun pertengahan 2010

Tuesday, April 5, 2011

Keajaiban Zikrullah.!!

Firman Allah S.W.T dalam surah Ar Ra'du ayat yang ke 28 bermaksud:
28. (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.



Ketahuilah wahai saudara saudari Islam…hanya dengan mengingati Allah hati kalian akan menjadi tenang…kerana dalam hati hanya akan tenteram bila berada pada tempatnya seperti pada sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Bila kita menyebut nama Allah lidah sewaktu itu akan bertindak., tanpa kita sedari dengan menyebut kalimah Allah..lidah kita akan menyentuh lelangit lembut

1)cuba uji pada diri anda sekarang..sebutlah nama Allah..

2)rasakan dimanakah lidah anda menyentuh..?

Subhanallah! ! terkejut bukan..

Manakala menyebut kalimah ……………………saat itu lidah kita menyentuh lelangit beberapa kali

1)baik..cuba uji pada diri anda sekarang…

Rasa kagum dengan kehebatan nama2 Allah…sebutlah Allahu akbar..dan Subhanallah memuji kebesaran dan kehebatan yang Allah jadikan…

Saat lidah menyentuh lelangit lembut, maka berlakulah satu aktiviti pada otak kita dibahagian tengah, saat ini ia akan bertindak balas, dan melahirkan rasa tenang.



Manakala menyebut  لا إله إلا اللهberulang2 kali akan memberi ketenangan pada jiwa kita..itulah kekuasaan Allah…

Rasulullah s.a.w., menyarankan supaya menyebut Subhanallah 33سبحان الله,alhamdulillah 33الحمد لله,   Allahu akbar34الله اكبر,semua ini adalah amalan sunat sebelum kita tidur ,dan manfaatnya juga sebagai bekalan tenaga untuk jasmani kita kuat pada keesokan harinya.

Saudara saudari, di dalam Islam semua yang menjadi ‘amalan dalam agama Islam..semuanya membawa manfaat kepada umatnya, Sehingga jika dikaji..akan menundukkan hati2 orang2 yang angkuh sebelum ini..dan membuat mereka akur akan kebenaran Islam.

Katakan..”aku bersyukur dan berbangga menjadi Muslim, Alhamdulillah ya Allah,memasukkan daku  dalam Islam..pintaku dalam setiap bisiskan doaku matikan daku dalam Islam”


Amin...

Tuesday, March 22, 2011

~Anjing beredar sebaik saya bacakan.....~

sedikit cerita yang ingi saya kongsikan...
kisah ini berlaku beberpa bulan yang lalu...
ketika saya berjalan seorang diri dari rumah sewa saya untuk ke Campus lebih kurang pukul 7 pagi...
apa yang mengejutkan...terdapat dalam 5 atau 6 ekor anjing yang berada di anak tangga,




dan saya mencari jalan bagaimana ntuk menghalau anjing itu...memandangkan saya terpaksa melalui anak tangga itu...


tiba2  ternampak seorang polis peronda dikawasan perumahan disitu,
saya cuba meminta tolong "encik boleh tak tolong halaukan anjingyang kat situ..."
saya mula bersuara walau dalam teragak2


respon yang saya terima menyedihkan dan membuatkan saya marah..


1)"alah..takpe..cik jalan jer..takde apa2 pun..."dengan selamba...
dan saya tediam...(menyedihkan)


2)"takpun biar tumpangkan cik...saya tolong hantarkan.."
"er..." "uh..takpe2..."saya terus beredar...
'aku lebih rela berhadapan dengan anjing2 tu..daripada berhadapan orang macmtu'


saya meneruskan langkah..dan ketika itu jarak hampir dua ,tiga langkah dari anjing2 tu..


saya tawakkal dan bacakan ayat kursi sehingga habis..




apa yang mengejutkan....
.


seekor demi seekor anjing2 itu beredar...
"subhanallah..!maha kuasa Allah,dengan izinnya anjing2 itu beredar.."
rasa sangat2 bersyukur...


~ Nothing Impossible Bi Iznillah(dengan izin Allah)

Inilah Kita..

mari kita tengok gambar ini..dan kita sama2 muhasabah diri..dulu diri ini asalnya dari setitis mani yang hina..


 
                                                             saat mula2 pengembaraan..




                                                           dan kita terpilih di antara berjuta...

 















                                                    maka sempurnalah penciptaan makhluk ini,
yang kebanyakkannya melawan yang Maha Pencipta,,,makhluk ini juga sering kali takbur...angkuh..dengan dirinya..sedangkan ia lupa..bahawa.dirinya bermula dari tiada kepada yang ada...semuanya izinNya..

Saturday, February 26, 2011

Islam tidak Zalim..

Artikal ni sangat panjang..tapi sangat penting untuk kalian ketahuinya…tak tahu cetek pula maklumatnye..^_~
Seringkali dan agak kerap kita melihat mendengar di media pada hari ini..islam dilabelkan sebagai agama yang ganas..pelbagai jenis tohmah dan fitnah yang ditimpakan pada agama suci ini..tanpa adanya bukti2 yang nyata dan jelas…hanyalah kerana dendam dan benci pada umat islam membuatkan mereka (musuh2 islam)melabelkan islam dipentas dunia dengan label yang salah..
Hal ini bertambah lagi..apabila ada yang mula mengatakan islam sangat keras hukumannya..apabila islam mula menetapkan hukum2 tertentu pada yang melakukan kesalahan2 yang tertentu di dalam islam…
                                                                                            
Tahukan kalian..??!!      
kenapa islam mensyariatkan hukuman sebatan keatas penzina…pastinya hukuman ini menyakitkan…100kali sebatan untuk mereka yang belum berkahwin..dan rejam sehingga mati bagi yang sudahpun berkahwin…
Ketahuilah..bahawa tubuh yang merasai ni’mat dosa zina itu..sememangnya mesti merasai kesakitan yang sama juga..melalui sebatan…kesakitan di dunia ini..sebagai kafarah untuk akhirat nanti…sebab itu islam mensyariatkan sebatan keatas penzina…bukan 20…bukan 50…bukan juga 80…tetapi, 100 kali sebatan buat mereka yang berzina…
Bunyinya amat berat bukan??…
Dan apa yang saya temui daripada sebuah artikel oleh Dr. Haji Jamnul Azhar B. Haji Mulkan, apabila kajian sains dilakukan ternyata..Subhanallah..!!sungguh tersirat disebalik semua itu..bertapa Allah sangat mengasihi hamba2nya…
Lantas disyariatkan hukuman sebatan bagi mereka yang bersalah…kenapa??
Kajian sains menunjukkan..
Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit http://www.prostar.gov.my/Fakta_Tahan_BM.htm yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”.
                                                                            Limfosit
Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.
Tetapi dengan syarat :

Ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.
Cara yang terbaik adalah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusia dengan sebatan yang merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah Virus Aids dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada Virus Aids sehingga ia dapat memusnahkan virus Aids dan terselamat daripada virus Aids.

Jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Wallahua’lam..
P/s:jangan kamu hampiri zina..
Bersentuhan tangan dengan ajnabi..adalah haram disisi Islam..kita kan orang islam..kenalah ikut peraturan islam.ingat !sentuhan tangan dengan bukan muhrim tu…boleh membawa penyakit yang sangat besar…
Jika kita terkena anjing atau khinzir masih lagi boleh disama’, tapi..bagaimana pula jika tangan itu menyentuh ajnabi(bukan muhrim)…??banyak2kanlah istighfar..moga gugur dosa2..,kita ni terlalu naïf…adakalanya hukum Allah kita main2.. “ade yang kata nanti kita taubatlah” Sebenarnya kita tak tahu Rahsia yang tersembunyi dan kesan tindakkan yang tak ikut syariat tu..ramai yang tak tahu..,nanti cari apa kesan berpegangan tangan bagi yang belum berkahwin..
Alangkah selamatnya hidup ini..andai kita ikut syariat..jiwa tenang..selamat dunia akhirat I.Allah…
Kita mesti nak bahagia sampai Akhirat kan…takkan dekat dunia aje…
Fikir2kanlah…



Thursday, January 20, 2011

Muda-tua-Mati Sains akhirnya akui kebenaran pada islam..


Setiap manusia akan melalui fatrah kehidupan..dimana kita sebagai manusia tidak dapat tidak harus terima hakikat bahawa..bermulanya kehidupan kita daripada:

Bayi-kanank2-remaja-dewasa-tua-akhirnya mati.


dan mati sebenarnya tidak kira usia..muda ataupun  tua,semuanya  telah ditetapkan tidak tertangguh dan tidak  terlebih walaupun sesaat pun.
setiap yang hidup pasti akan mati, itulah ketetapan yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t
sebagaimana firmannya dalam surah al-Araaf yang bermaksud:
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan. Maka apabila datang tempohnya,tidak dapat mereka menangguhkan dan tidak pula mereka meminta mendahulukan walau sesat jua pun"

kajian sains menunjukkan bahawa di dalam tubuh manusia terdpat sejenis sel yang dinamakan telomere,sejeni DNA yang bertindak didalam sel tubuh manusia yang berada di pusat kromosom yang terakhir,apabila usia semakin tu maka ,telomere akan mengalami kerosakkan dan dan semakin pendek

sehinggalah sampai satu tahap sel ini tidak mampu lagi berfungsi dengan baik,dan ketika itulah manusia merasai tanda2 penuaan dan seperti kehilangan pendengaran dan kurang ingatan.

"apabila telomere semakin pendek,ia akan,mendedahkan  seseorang kepada Alzheimer,penyakit jantung ,diabetes dan kanser.Semua penyakit itu boleh dihindarkan jika kita dapat mengekalkan tahap kesihatan dan struktur telomere pada bentuk asal"
jelas Dr.Ronald Depinho,Pengarah Institut Belfer di Institut Kanser Dana Farber,Bostom Amerika Syarikat.

Setelah itu, ada pula kajian yang mengatakan tanda2 penuaan dapat dilenyapkan apabila menemui satu enzim yang dipanggil telomerase yang mana ia mampu mengaktifkan kembali telomere.Namun ada satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa ia kemungkinan berlaku masalahkerana apabila sel tua dibiar melewati usia tanpa penghujungnya iaitu kematian,maka ia akan menyebabkan sel itu berkembang hingga menyebabkan kanser dan akhirnya membawa kematian.


begitulah penjelasan daripada kajian saintis.dan mari kita renungi sabda RASULULLAH s.a.w
"Wahai hamba Allah ,berubatlah ,sesungguhnya Allah tidak turunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu
 mereka bertanya,"apakah yang satu itu ?" Lalu baginda menjawab ,"iaitu tua" hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi.


tua itu pasti datang..dan mati itu pasti...
persiapkanlah diri untuk menmpuhi saat itu...
Wallahua'alam......