..:join my blog:..

Thursday, January 20, 2011

Muda-tua-Mati Sains akhirnya akui kebenaran pada islam..


Setiap manusia akan melalui fatrah kehidupan..dimana kita sebagai manusia tidak dapat tidak harus terima hakikat bahawa..bermulanya kehidupan kita daripada:

Bayi-kanank2-remaja-dewasa-tua-akhirnya mati.


dan mati sebenarnya tidak kira usia..muda ataupun  tua,semuanya  telah ditetapkan tidak tertangguh dan tidak  terlebih walaupun sesaat pun.
setiap yang hidup pasti akan mati, itulah ketetapan yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t
sebagaimana firmannya dalam surah al-Araaf yang bermaksud:
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan. Maka apabila datang tempohnya,tidak dapat mereka menangguhkan dan tidak pula mereka meminta mendahulukan walau sesat jua pun"

kajian sains menunjukkan bahawa di dalam tubuh manusia terdpat sejenis sel yang dinamakan telomere,sejeni DNA yang bertindak didalam sel tubuh manusia yang berada di pusat kromosom yang terakhir,apabila usia semakin tu maka ,telomere akan mengalami kerosakkan dan dan semakin pendek

sehinggalah sampai satu tahap sel ini tidak mampu lagi berfungsi dengan baik,dan ketika itulah manusia merasai tanda2 penuaan dan seperti kehilangan pendengaran dan kurang ingatan.

"apabila telomere semakin pendek,ia akan,mendedahkan  seseorang kepada Alzheimer,penyakit jantung ,diabetes dan kanser.Semua penyakit itu boleh dihindarkan jika kita dapat mengekalkan tahap kesihatan dan struktur telomere pada bentuk asal"
jelas Dr.Ronald Depinho,Pengarah Institut Belfer di Institut Kanser Dana Farber,Bostom Amerika Syarikat.

Setelah itu, ada pula kajian yang mengatakan tanda2 penuaan dapat dilenyapkan apabila menemui satu enzim yang dipanggil telomerase yang mana ia mampu mengaktifkan kembali telomere.Namun ada satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa ia kemungkinan berlaku masalahkerana apabila sel tua dibiar melewati usia tanpa penghujungnya iaitu kematian,maka ia akan menyebabkan sel itu berkembang hingga menyebabkan kanser dan akhirnya membawa kematian.


begitulah penjelasan daripada kajian saintis.dan mari kita renungi sabda RASULULLAH s.a.w
"Wahai hamba Allah ,berubatlah ,sesungguhnya Allah tidak turunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu
 mereka bertanya,"apakah yang satu itu ?" Lalu baginda menjawab ,"iaitu tua" hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi.


tua itu pasti datang..dan mati itu pasti...
persiapkanlah diri untuk menmpuhi saat itu...
Wallahua'alam......

No comments:

Post a Comment