..:join my blog:..

Sunday, April 10, 2011

Sistem Cakerawala

"Sains dan Al-QuranMerujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, dinyatakan

bahawa masing-masing bergerak




dalam orbit atau garis edar

tertentu. “Dan Dialah yang


telah menciptakan malam dan

siang, matahari dan


bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di


dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)




Sains dan Al-Quran
Disebutkan pula dalam ayat yang


lain bahawa


matahari tidaklah diam, tetapi

bergerak dalam garis


edar tertentu:


“Dan matahari berjalan di

tempat peredarannya.


Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi


Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)








Islam dan sains @ isuhangat



Fakta-fakta yang disampaikan

dalam Al Qur’an ini


telah ditemui melalui kajian

astronomis di zaman ini.


Menurut perkiraan para ahli

astronomi, matahari


bergerak dengan kecepatan luar

biasa yang


mencapai 720 ribu km per jam.


Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih


17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama


matahari, semua planet dan satelit dalam sistem


graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini.


Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu

gerakan serupa yang tersusun.
Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit

seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an


sebagai berikut:


“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)


Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-

masing terdiri dari hampir 200 bintang.


Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan

sebagian besar planet-planet ini mempunyai


bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis

peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.


Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang

orbitnya dalam keserasian dan teratur


yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah

komet juga bergerak bersama sepanjang orbit


yang ditetapkan baginya.


Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda

angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada


kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung

dan terencana. Selama pergerakan ini, tak


satupun dari benda sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain

tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya


saling bersentuhan.


Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop

masa kini ataupun teknologi canggih untuk


mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula

berpengetahuan fizik ataupun astronomi


moden.


Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara

ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan


dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan

tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka


kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu:

karena Al Qur’an adalah firman Allah.

Allahuakbar!

sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?


name=News&file=article&sid=581

Hikmah Penyembelihan haiwan."Islam dan sains"




Kita semua telah maklum ..sebagai orang islam..setiap haiwan(lembu,kerbau,ayam,itik & sejenis itu)diwajibkan untuk melalui proses penyembelihan terlebih dahulu sebelum diproses untuk dimasak...ini kerana sekiranya haiwan itu tidak disembelih mengikut syara' MAKA...haiwa itu haram untuk dimakan..ia sama seperti bangkai..

Islam menekankan garis panduan dalam penyembelihan haiwan bahkan konsep sembelihan ini juga harus dihuraikan sebaik mungkin agar Ibadah ini tidak dilihat sebagai suatu perbuatan yang kejam dan menyeksa haiwan seperti mana yang didakwa oleh orang bukan Islam. Oleh yang demikian juga melalui kajian sains yang dijalankan oleh saintis barat juga telah membuktikan bahawa kaedah penyembelihan mengikut pensyariatan Islam ini merupakan altenatif terbaik dalam proses mematikan dan mendapatkan daging secara bersih dan segar.

jOm kita lihat..apakah hikmah dan mengapa Islam syariatkan Penyembelihan haiwan tu sebelum dimakan

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar melalui kajian mereka yang bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP)

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan. Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.
 
Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging. Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih. Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.  Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.


“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Sumber Gambar : Enjin Carian Google
Sumber : Berita Harian Isnin 09/01/06

Misteri..sungai dalam laut.

satu penemua yang mengejutkan..dan membuka mata semua..apabila beberapa orang penyelam..yang menelusuri ke dasar laut..dan mendapati satu keadaan yang begitu ajaib..


apabila sebatang anak sungau berada didalam laut...mengalir mengikut alirannya sendiri..tanpa sedikitpun bercampur dan mengalir bersama dengan air laut berkenaan..




Allah telah pun berfirman dalam dalam al quran dan mafhumnya “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)




 Peristiwa dan  Fenomena ganjil itu membuat bingung Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berpikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawaban yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


sampailah suatu hari hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim.dan profesor itu menerangkan tentang ayat daripada surah Ar rahman maksudnya
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.




Akhirnya.terbukalah hati Mr.Costeou untuk memeluk islam...apabila meyakini dengan kekuasaan Allah melalui bukti2 yang telah tercatat di dalam Al-Quran


“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”


p/s Kisah ini sebenarnya telah berlaku pada tahun pertengahan 2010

Tuesday, April 5, 2011

Keajaiban Zikrullah.!!

Firman Allah S.W.T dalam surah Ar Ra'du ayat yang ke 28 bermaksud:
28. (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.



Ketahuilah wahai saudara saudari Islam…hanya dengan mengingati Allah hati kalian akan menjadi tenang…kerana dalam hati hanya akan tenteram bila berada pada tempatnya seperti pada sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Bila kita menyebut nama Allah lidah sewaktu itu akan bertindak., tanpa kita sedari dengan menyebut kalimah Allah..lidah kita akan menyentuh lelangit lembut

1)cuba uji pada diri anda sekarang..sebutlah nama Allah..

2)rasakan dimanakah lidah anda menyentuh..?

Subhanallah! ! terkejut bukan..

Manakala menyebut kalimah ……………………saat itu lidah kita menyentuh lelangit beberapa kali

1)baik..cuba uji pada diri anda sekarang…

Rasa kagum dengan kehebatan nama2 Allah…sebutlah Allahu akbar..dan Subhanallah memuji kebesaran dan kehebatan yang Allah jadikan…

Saat lidah menyentuh lelangit lembut, maka berlakulah satu aktiviti pada otak kita dibahagian tengah, saat ini ia akan bertindak balas, dan melahirkan rasa tenang.



Manakala menyebut  لا إله إلا اللهberulang2 kali akan memberi ketenangan pada jiwa kita..itulah kekuasaan Allah…

Rasulullah s.a.w., menyarankan supaya menyebut Subhanallah 33سبحان الله,alhamdulillah 33الحمد لله,   Allahu akbar34الله اكبر,semua ini adalah amalan sunat sebelum kita tidur ,dan manfaatnya juga sebagai bekalan tenaga untuk jasmani kita kuat pada keesokan harinya.

Saudara saudari, di dalam Islam semua yang menjadi ‘amalan dalam agama Islam..semuanya membawa manfaat kepada umatnya, Sehingga jika dikaji..akan menundukkan hati2 orang2 yang angkuh sebelum ini..dan membuat mereka akur akan kebenaran Islam.

Katakan..”aku bersyukur dan berbangga menjadi Muslim, Alhamdulillah ya Allah,memasukkan daku  dalam Islam..pintaku dalam setiap bisiskan doaku matikan daku dalam Islam”


Amin...